Untuk suami isteri sahaja =D
1. Beriman
Dengan adanya pasangan iman kuat, pastinya hubungan cinta keduanya akan
mencapai titik maksimum. Harus diingat, bukan seorang sahaja yang perlu
menjaga keimanan tetapi kedua-duanya sekali. Jika salah seorang
tersasar, yang seorang lagi akan memberi nasihat dan saling mengingati.
2. Jangan ungkit & kenang masa lalu
Berfikirlah secara positif kerana jika anda mengungkit ia mungkin
membawa makna bahawa anda sebenarnya tidak sepadan dengan pasangan dan
tidak layak bersamanya. Sedangkan keserasian penting dan yakinlah
walaupun anda berdua tidak punya banyak persamaan, tidak semestinya anda
berdua tidak bahagia. Cubalah belajar dan fahami ketidaksamaan itu.
3. Jangan buat sesuatu kerana ingin membahagiakan pasangan
Anda perlu jujur dalam perhubungan. Jangan disebabkan mahu membahagiakan
pasangan, anda sanggup lakukan sesuatu yang memang tidak anda sukai.
Perkara ini hanya akan merugikan anda jika sidia tidak menghargai.
Berterus-terang itu lebih baik. Dalam soal keikhlasan, jika anda tidak
senang bukan bermakna anda tidak ikhlas.
4. Jangan pandang rendah pasangan
Terutamanya bagi yang berjawatan besar dan gaji tinggi. Tidak ada
manusia yang sempurna kecuali Tuhan. Masing-masing mempunyai keupayaan
tersendiri dan apabila anda sering merendahkan pasangan dengan
menyalahkan apa sahaja yang dilakukan, bagaimana anda berharap dia boleh
berbuat sesuatu yang benar.
5. Usahakan untuk selalu berada di sisinya
Pasangan anda merupakan teman untuk seumur hidup. Justeru ke mana sahaja
dia berada anda sentiasa perlu ada di sampingnya tidak kira dalam
situasi suka ataupun duka. Jadilah pasangan yang baik dan dia akan tahu
anda sentiasa menyokongnya dalam apa jua situasi. Kalau boleh luangkan
masa bersamanya dengan pergi bercuti dan habiskan waktu berharga itu
dengan yang tersayang.
6. Hormati pasangan
Walaupun pangkat anda tinggi di pejabat, tetapi di rumah andalah
isteri/suami kepadanya. Janganlah terlalu menghormati temah lebih
daripada suami sendiri. Ingat jangan terlalu kasar dan bersikap acuh tak
acuh hingga menyebabkan dirinya merasa tidak dihargai. Walaupun umumnya
lelaki bersikap kasar, namun sebenarnya hati mereka lebih lembut
daripada hati wanita kalau kena pada cara dan situasinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan